Menghidupkan kuasa

  1. Tekan butang (kuasa) pada pembesar suara.

    Anda akan mendengar bunyi pemberitahuan melalui pembesar suara, penunjuk (kuasa) pada pembesar suara menyala dengan warna putih, dan penunjuk(BLUETOOTH) pada pembesar suara mula berkelip perlahan-lahan dengan warna biru.

    Apabila pembesar suara tidak mempunyai maklumat perpasangan, contohnya apabila anda menggunakan fungsi BLUETOOTH untuk kali pertama selepas pembelian, penunjuk(BLUETOOTH) pada pembesar suara akan terus berkelip dua kali dalam warna biru.

Nota

  • Apabila panduan suara berkata “Low Battery” (Bateri Rendah) dan penunjuk CHARGE berkelip perlahan-lahan, kuasa bateri terbina dalam semakin berkurang dan bateri tersebut perlu dicas. Dalam keadaan ini, pembesar suara mungkin tidak dapat membekalkan kuasa kepada peranti lain dan mungkin akan dimatikan secara automatik.

  • Apabila baki bateri berkurang hingga ke tahap pembesar suara tidak dapat dihidupkan, anda akan mendengar panduan suara (Battery is empty. (Bateri kosong.)) dan pembesar suara akan dimatikan secara automatik. Dalam keadaan seperti ini, cas pembesar suara tersebut.

  • Jika penunjuk CHARGE berkelip sebanyak 3 kali dalam warna jingga dan pembesar suara terpadam semasa anda menghidupkan pembesar suara, ini bermakna bateri terbina dalam adalah kosong dan perlu dicas.